Saturday, 10 December 2011

PENULISAN - BAHAGIAN C


  BAHAGIAN C

MEMAHAMI DAN MENGULAS 

ž
Baik Hati
      - belas kasihan
      - bertimbang rasa
      - murah hati
      - saling memahami
      - saling memaafkan
ž
Berdikari
      - berupaya bertindak sendiri
      - yakin pada diri sendiri
ž
Hemah Tinggi
      - kesopanan / berbudi bahasa
      - mengaku kesalahan sendiri
      - ramah mesra
ž
Hormat Menghormati
      - hormat ibu bapa
      - hormat kerajaan dan negara
      - patuh kepada undang-undang
      - hormat ahli keluarga,guru,rakan, guru dan jiran
      - hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa
      - patuh kepada ketetapan masa


žKerajinan
     - daya usaha
     - dedikasi
žKesyukuran
     - berterima kasih
žKerjasama
     - gotong -royong
     - toleransi
     - perpaduan
žKesederhanaan
     - sederhana perlakuan dan pertuturan
žRasional
     - membuat pertimbangan
žSemangat Bermasyarakat
     - bermaufakat
     - kejiranan
     - peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

ž ž

Kasih Sayang
     - sayang akan diri dan orang lain
     - sayang alam sekitar
     - cinta akan negara
žKeadilan
     - adil
     - saksama
žKebebasan
     - kebebasan di sisi undang - undang
žKeberanian
     - berani mencuba
     - berani kerana benar
žKejujuran
     - amanah
     - bercakap benar
     - ikhlas
ž



Fomula Berkesan Menjawab Bahagian C

žGunakan penanda wacana.
   i.   Seharusnya...
   ii.  Seterusnya....
   iii. Selain itu.......
   iv. Akhirnya........

Bentuk Soalan  Bahagian C

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

        Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah syarikat perabot yang terkenal di daerah itu. Sungguhpun begitu, beliau merupakan  seorang usahawan yang pemurah. Beliau selalu menghulurkan bantuan kepada  orang lain yang berada dalam kesusahan.
     Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang peramah. Walaupun beliau seorang yang berada, beliau sentiasa bergaul dan berdampingan dengan  masyarakat. Oleh sebab itu, Puan Sabariah disukai masyarakat  setempat. 
      Pada suatu hari, rumah Puan Sabariah terbakar disebabkan litar pintas. Rumahnya hangus dijilat api dan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Jiran-jirannya bersama-sama berusaha bagi membantu Puan Sabariah. Beliau  sangat berterima kasih kepada jiran-jirannya atas pertolongan mereka itu. Puan Sabariah bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. 


1) Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya.
    Nilai – rajin ( dedikasi / daya usaha)

 Contoh ulasan 1:
Kita mestilah rajin berusaha  jika mahu menjadi usahawan yang berjaya. 

2) Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang    
    peramah

    Nilai :  hemah tinggi ( peramah )

 Contoh ulasan 2 : 
Di samping itu, kita perlu berhemah tinggi dengan masyarakat setempat walaupun telah berjaya.

3) Sungguhpun begitu, beliau merupakan seorang   
    usahawan yang pemurah.  

    Nilai :  baik hati (pemurah)

Contoh ulasan 3:
Kita hendaklah baik hati apabila telah berjaya  dengan membantu orang dalam kesusahan.