Wednesday, 14 December 2011
Sunday, 11 December 2011
TATABAHASA
1.Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat
Contoh : amat baik / paling cantik / sungguh tinggi /
amat pintar sekali / sangat enak sekali /
teramat pandai / tinggi sekali
2.Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Contoh : Baju itu cantik
(subjek) (predikat)
3.Binaan ‘ter’ dan ‘paling’ + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali.
4.Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif.
Contoh : terlalu nakal / lambat benar
5.Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif.
Contoh :
Sungguh amat merdu
Terlalu amat pedih
6.Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ‘ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi.
Contoh:
Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah )
Ali pelajar yang tercerdik. (betul )
Ali pelajar yang paling cerdik. (betul )
7.Kata Penguat TIDAK BOLEH diletakkan sekaligus di depan dan di belakang Kata Adjektif, KECUALI dalam binaan:
amat
sungguh + adjektif + sekali
sangat
Contoh:
Pelajar itu paling pintar sekali. (salah)
Pelajar itu amat/sungguh/sangat pintar sekali. (betul)
Contoh soalan:
Wah, _________indah pemandangan di puncak gunung ini!” Kata Faizal.
A benar sekali
B terlalu amat
C sungguh indah
D terlalu paling
Saturday, 10 December 2011
PENULISAN - BAHAGIAN C

BAHAGIAN C
MEMAHAMI DAN MENGULAS

ž
Baik Hati
Baik Hati - belas kasihan
- bertimbang rasa
- murah hati
- saling memahami
- saling memaafkan
ž
Berdikari
Berdikari - berupaya bertindak sendiri
- yakin pada diri sendiri
ž
Hemah Tinggi
Hemah Tinggi - kesopanan / berbudi bahasa
- mengaku kesalahan sendiri
- ramah mesra
ž
Hormat Menghormati
Hormat Menghormati - hormat ibu bapa
- hormat kerajaan dan negara
- patuh kepada undang-undang
- hormat ahli keluarga,guru,rakan, guru dan jiran
- hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa
- patuh kepada ketetapan masa
ž
Kerajinan
Kerajinan - daya usaha
- dedikasi
ž
Kesyukuran
Kesyukuran - berterima kasih
ž
Kerjasama
Kerjasama - gotong -royong
- toleransi
- perpaduan
ž
Kesederhanaan
Kesederhanaan - sederhana perlakuan dan pertuturan
ž
Rasional
Rasional - membuat pertimbangan
ž
Semangat Bermasyarakat
Semangat Bermasyarakat - bermaufakat
- kejiranan
- peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat
ž ž
Kasih Sayang - sayang akan diri dan orang lain
- sayang alam sekitar
- cinta akan negara
ž
Keadilan
Keadilan - adil
- saksama
ž
Kebebasan
Kebebasan - kebebasan di sisi undang - undang
ž
Keberanian
Keberanian - berani mencuba
- berani kerana benar
ž
Kejujuran
Kejujuran - amanah
- bercakap benar
- ikhlas
ž
Fomula Berkesan Menjawab Bahagian C
ž
Gunakan penanda wacana.
Gunakan penanda wacana. i. Seharusnya...
ii. Seterusnya....
iii. Selain itu.......
iv. Akhirnya........
Bentuk Soalan Bahagian C
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah syarikat perabot yang terkenal di daerah itu. Sungguhpun begitu, beliau merupakan seorang usahawan yang pemurah. Beliau selalu menghulurkan bantuan kepada orang lain yang berada dalam kesusahan.
Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang peramah. Walaupun beliau seorang yang berada, beliau sentiasa bergaul dan berdampingan dengan masyarakat. Oleh sebab itu, Puan Sabariah disukai masyarakat setempat.
Pada suatu hari, rumah Puan Sabariah terbakar disebabkan litar pintas. Rumahnya hangus dijilat api dan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Jiran-jirannya bersama-sama berusaha bagi membantu Puan Sabariah. Beliau sangat berterima kasih kepada jiran-jirannya atas pertolongan mereka itu. Puan Sabariah bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
1) Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya.
Nilai – rajin ( dedikasi / daya usaha)
Contoh ulasan 1: Kita mestilah rajin berusaha jika mahu menjadi usahawan yang berjaya.
2) Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang
peramah.
Nilai : hemah tinggi ( peramah )
Contoh ulasan 2 : Di samping itu, kita perlu berhemah tinggi dengan masyarakat setempat walaupun telah berjaya.
3) Sungguhpun begitu, beliau merupakan seorang
usahawan yang pemurah.
Nilai : baik hati (pemurah)
Contoh ulasan 3: Kita hendaklah baik hati apabila telah berjaya dengan membantu orang dalam kesusahan.
BENTUK SOALAN
Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.
-
Situasi melibatkan keseluruhan gambar.
Situasi melibatkan keseluruhan gambar. -
Nyatakan suasana / keadaan, aktiviti persekitaran dan emosi
Nyatakan suasana / keadaan, aktiviti persekitaran dan emosi-Contoh suasana ~bising,cemas , kelam-kabut, senyap
-Contoh persekitaran ~bersih, kemas, kotor, indah
Contoh aktiviti ~menolong, membeli
Contoh emosi ~terkejut, ketawa, sedih
Formula Menjawab
Suasana + persekitaran + aktiviti + emosi
( 1s + 1p + 1e +2 a ) atau (2s + 3a)
Atau ( 1s + 1p + 3a ) atau (1s + 4a
Latihan Menulis 2:
Siapa / Apa?(KN) Atv/Ps/Sua/Emosi Selanjutnya (KA/KN) |
| 1. Seorang lelaki terbaring di tengah jalan kerana dilanggar sebuah kereta. |
| 2. Beberapa orang lelaki berlari untuk melihat kemalangan itu. |
| 3. |
| 4. |
| 5. |
LATIHAN MENULIS
Latihan 1:
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
-
Nyatakan lima aktiviti sahaja.
Nyatakan lima aktiviti sahaja. -
Mestilah mengandungi kata kerja (perbuatan)watak.
Mestilah mengandungi kata kerja (perbuatan)watak. -
Biasanya menggunakan imbuhan me, men, mem,meng,ber
Biasanya menggunakan imbuhan me, men, mem,meng,ber
Contoh : 1)bermain
2)mengangkat
3)menyimbah
4)memadamkan
5)menepuk
* Pastikan nisbah ayat.
* Bina ayat mengikut
urutan gambar.
1.________________________________________________.
2.________________________________________________.
3.________________________________________________.
4.________________________________________________.
5.________________________________________________.
Wednesday, 7 December 2011
LANGKAH MENULIS
Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah. Siapa/Apa? (KN) Buat apa(KK/KA) Objek(KN) Keterangan |
| 1. Seorang lelaki sedang membaca surat khabar di bawah pokok. |
| 2. Perempuan itu sedang menuangkan air ke dalam gelas untuk diminum. |
| 3. |
| 4. |
| 5. |
Subscribe to:
Comments (Atom)


