Sunday, 11 December 2011

TATABAHASA

1.Kata Adjektif dapat dikenali apabila BOLEH didahului atau diikuti dengan Kata Penguat
Contoh : amat baik / paling cantik / sungguh tinggi /
              amat pintar sekali / sangat enak sekali /
              teramat pandai / tinggi sekali

2.Kata Adjektif akan menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam ayat.
Contoh : Baju itu cantik
            (subjek) (predikat)

3.Binaan ter dan paling + kata adjektif TIDAK PERLU diikuti oleh perkataan sekali. 


4.Kata Penguat digunakan untuk menguatkan maksud adjektif.
Contoh : terlalu nakal / lambat benar


5.Dua unsur Penguat BOLEH HADIR berturutan sebelum Kata Adjektif
Contoh : 
Sungguh amat merdu
Terlalu amat pedih


6.Apabila Kata Adjektif diimbuhi awalan ter”, maka Kata Penguat TIDAK DIPERLUKAN lagi.
Contoh:
Ali pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik.(salah )
Ali pelajar yang tercerdik.   (betul )
Ali pelajar yang paling cerdik. (betul )


7.Kata Penguat TIDAK BOLEH diletakkan sekaligus di depan dan di belakang Kata Adjektif, KECUALI dalam binaan:
                 amat
                 sungguh    +    adjektif   +  sekali
                 sangat
Contoh: 
Pelajar itu paling pintar sekali. (salah)
Pelajar itu amat/sungguh/sangat pintar sekali. (betul) 

Contoh soalan:
žWah, _________indah pemandangan di puncak gunung ini!” Kata Faizal.
A   benar sekali
B   terlalu amat 
C   sungguh indah 
D   terlalu paling

Saturday, 10 December 2011

PENULISAN - BAHAGIAN C


  BAHAGIAN C

MEMAHAMI DAN MENGULAS 

ž
Baik Hati
      - belas kasihan
      - bertimbang rasa
      - murah hati
      - saling memahami
      - saling memaafkan
ž
Berdikari
      - berupaya bertindak sendiri
      - yakin pada diri sendiri
ž
Hemah Tinggi
      - kesopanan / berbudi bahasa
      - mengaku kesalahan sendiri
      - ramah mesra
ž
Hormat Menghormati
      - hormat ibu bapa
      - hormat kerajaan dan negara
      - patuh kepada undang-undang
      - hormat ahli keluarga,guru,rakan, guru dan jiran
      - hormat kepercayaan dan adat resam pelbagai bangsa
      - patuh kepada ketetapan masa


žKerajinan
     - daya usaha
     - dedikasi
žKesyukuran
     - berterima kasih
žKerjasama
     - gotong -royong
     - toleransi
     - perpaduan
žKesederhanaan
     - sederhana perlakuan dan pertuturan
žRasional
     - membuat pertimbangan
žSemangat Bermasyarakat
     - bermaufakat
     - kejiranan
     - peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

ž ž

Kasih Sayang
     - sayang akan diri dan orang lain
     - sayang alam sekitar
     - cinta akan negara
žKeadilan
     - adil
     - saksama
žKebebasan
     - kebebasan di sisi undang - undang
žKeberanian
     - berani mencuba
     - berani kerana benar
žKejujuran
     - amanah
     - bercakap benar
     - ikhlas
ž



Fomula Berkesan Menjawab Bahagian C

žGunakan penanda wacana.
   i.   Seharusnya...
   ii.  Seterusnya....
   iii. Selain itu.......
   iv. Akhirnya........

Bentuk Soalan  Bahagian C

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

        Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah syarikat perabot yang terkenal di daerah itu. Sungguhpun begitu, beliau merupakan  seorang usahawan yang pemurah. Beliau selalu menghulurkan bantuan kepada  orang lain yang berada dalam kesusahan.
     Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang peramah. Walaupun beliau seorang yang berada, beliau sentiasa bergaul dan berdampingan dengan  masyarakat. Oleh sebab itu, Puan Sabariah disukai masyarakat  setempat. 
      Pada suatu hari, rumah Puan Sabariah terbakar disebabkan litar pintas. Rumahnya hangus dijilat api dan beliau sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Jiran-jirannya bersama-sama berusaha bagi membantu Puan Sabariah. Beliau  sangat berterima kasih kepada jiran-jirannya atas pertolongan mereka itu. Puan Sabariah bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. 


1) Puan Sabariah seorang usahawan yang berjaya.
    Nilai – rajin ( dedikasi / daya usaha)

 Contoh ulasan 1:
Kita mestilah rajin berusaha  jika mahu menjadi usahawan yang berjaya. 

2) Beliau seorang yang disegani kerana sikapnya yang    
    peramah

    Nilai :  hemah tinggi ( peramah )

 Contoh ulasan 2 : 
Di samping itu, kita perlu berhemah tinggi dengan masyarakat setempat walaupun telah berjaya.

3) Sungguhpun begitu, beliau merupakan seorang   
    usahawan yang pemurah.  

    Nilai :  baik hati (pemurah)

Contoh ulasan 3:
Kita hendaklah baik hati apabila telah berjaya  dengan membantu orang dalam kesusahan.


BENTUK SOALAN

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

-Situasi melibatkan keseluruhan gambar.
-Nyatakan suasana / keadaan, aktiviti persekitaran dan  emosi
-Contoh suasana        ~bising,cemas , kelam-kabut, senyap 
-Contoh persekitaran ~bersih, kemas, kotor, indah 
Contoh aktiviti          ~menolong, membeli 
Contoh emosi           ~terkejut, ketawa, sedih 

Formula Menjawab
Suasana + persekitaran + aktiviti + emosi
( 1s + 1p + 1e +2 a ) atau (2s + 3a)
Atau ( 1s + 1p + 3a ) atau (1s + 4a

Latihan Menulis 2:
Tulis lima ayat tentang situasi berdasarkan gambar diberi. 





Siapa / Apa?(KN)          Atv/Ps/Sua/Emosi            Selanjutnya   (KA/KN)
1. Seorang lelaki terbaring di tengah jalan kerana dilanggar sebuah  
    kereta.
2. Beberapa orang lelaki berlari untuk melihat kemalangan itu.
3.
4.
5.

LATIHAN MENULIS

Latihan 1:
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.
-Nyatakan lima aktiviti sahaja.
-Mestilah mengandungi kata kerja (perbuatan)watak.
-Biasanya menggunakan imbuhan me, men, mem,meng,ber                       



Contoh :  
1)bermain 
2)mengangkat
3)menyimbah 
4)memadamkan
5)menepuk 
* Pastikan nisbah ayat.
* Bina ayat mengikut  
  urutan gambar.  
1.________________________________________________.
2.________________________________________________.
3.________________________________________________.
4.________________________________________________.
5.________________________________________________.


Wednesday, 7 December 2011

LANGKAH MENULIS

 

Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.

Anda boleh menulis apa sahaja yang terdapat dalam gambar.Keutamaan ialah  
      aktiviti. 

Siapa/Apa? (KN)       Buat apa(KK/KA)           Objek(KN)      Keterangan
1. Seorang lelaki     sedang membaca       surat  khabar   di bawah pokok.
2. Perempuan itu    sedang menuangkan air  ke dalam gelas  untuk diminum.
3.
4.
5.
 

Wednesday, 9 November 2011

TEKNIK MEMBINA AYAT BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

PENULISAN - KERTAS 2 BAHAGIAN A



  
CEMERLANG


1) Bina lima ayat gramatis dan menepati bahan grafik. 

2) Gunakan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas. 
1.
2.
3) Tiada kesalahan tanda baca dan ejaan. 
3.
4.

4) Mengemukakan lima  idea. 

  




Bina ayat dalam urutan nombor.
Contoh:
1. _______________________________.
2. _______________________________.
3. _______________________________.
4. _______________________________.
5. _______________________________.
 
Jangan buat begini:
1. Pada suatu hari,_________________.
2. Selepas itu,_____________________.
3. _______________________________.
4. _______________________________.
5. Akhirnya,  ______________________.
   

Elakkan Penggunaan Nama
Gunakan    kata nama am
Gunakan    kata bilangan
Gunakan    penjodoh  bilangan  
Gunakan
   
kata arah

Pindahkan maklumat dan bina lima ayat lengkap yang gramatis berdasarkan gambar. Elak agar tidak  membina ayat  dengan menggunakan semua kata dasar. 
Contoh ayat:
Budak bina istana pasir. 

Dua orang budak perempuan sedang membina istana pasir di tepi pantai.